yok klik klik

12 November 2012

mak nak balik !

Assalammualaikum

Happy Deepavali bagi yang menyambutnya !
masa nak balik cuti jumaat lepas, kemain ramai lagi dekat TBS.
aku rasa yang sambut Deepavali sikit je, yang nak balik cuti ni haa mengalahkan
yang nak sambut raya ! siyes ramai !
Sampai aku nak balik Jumaat lepas takde tiket korang tau !
Speechless aku kat depan kaunter tu.
abg yang jual tiket tu sengih, aku yang nak beli tiket sedih :(
dari Shah Alam pergi TBS nak balik johor,
sampai2 tiket takda, gundah gulana hati beta ni -.-
TERpaksa beli tiket balik sabtu
TERpaksa malam tu tumpang tido umah membe kat KL
TERpaksa simpan perasaan macam nak menangis

yang tambah sadis lagi,
SEMUA kengkawan aku kat twitter membahan aku tak balik lagi
boleh diorang pelik sambil gelak2 -.-
aku tau r tiap2 minggu aku balik, tapi jangan membahan kuat sangat
tak elok tak elok

Sabtu dah selamat aku naik bas tapi malangnya,
bas tu panas ! aku syak dia tak servis aircond bas dia kott
ramai kot dok betul2 aircond, pusing sini pusing sana, sama je -.-
ada mamat depan aku, memang tak tau panas agaknye
dari naik bas sampai dah sampai, tido kemain nyenyak
fon berbunyi ringtone rock pun tak dengar,
pelik betul aku, mengantuk betul beliau gamaknya~

moral of the story:
mohon mintak number phone driver untuk kesenangan kita.

08 November 2012

okay saya stress

Assalammualaikum

Minggu yang stress, macam nak pecah kepala otak aku. 
isnin ada test mandarin, 
selasa submit assignment yang sampai 30 pages,
rabu ada quiz bisnes communication.
khamis buat assignment n study untuk test esoknye,
jumaat test negotiation.
aku ni stress dah sampai tahap malas nak pergi semua class !

ni satu lagi benda yang buat aku tertanya-tanya.
janganlah aku rapat dengan orang tu, orang ni jeles.
pastu aku rapat dengan orang ni, orang tu plak jeles -.-
aku kan peramah, semua orang aku layan.
lagi-lagi kawan2, memang aku layan sama rata.
senang kata, aku sayang korang semua lah.
*mohon jangan menyesal kawan dengan aku. kahkah !

ada sorang membe aku cakap,
"kalau personaliti kau menarik, insyaallah sampai bila-bila orang tengok kau menarik" :)


06 November 2012

eh ! saya kembali lagi dan lagi

Assalammualaikum

ehem ehem ! lama tak nampak korang semua :). dah berzaman baru aku nak upload semula.
kannn, kejap hilang kejap ada. sorry lah wahai follower sekalian, aku busy bagai nak rak !
*mohon percaya aku memang busy, kahkah !

meh nk ckp sikit,
percaya atau tidak, harini aku nak melintas jalan pergi ke class terpaksa tunggu 
dekat seberang jalan selama 15 minit sorang2 plus hujan !
bertambah sadis bila kawan2 aku semua dah melintas dulu.
tambah tragis lagi, seberang jalan sana ada bustop dan ramai lah mata-mata
yang memerhati kat aku -.-
okay tak tipu siyes, aku nampak diorg gelak2 kottt.
nak tambah sadis, tragis, sedih lagi kereta kemain banyak non stop !
sumpah malu tercegat sorang2 kat tengah jalan, semua orang pandang.
membe aku dekat seberang sana dah terjerit2 suruh melintas.

nak tau camne aku melintas ?
aku selamba je jalan, sambil angkat tangan macam polis trafik suruh kereta berhenti.
haha ! takde lah. aku lintas depan bustop sebab kereta slow kat bahagain situ.
time nak melintas aku dengar suara -suara yang bercakap
"eh eh ! kejap kejap, ade keretaaaaaa. haaa haa ! okay okay cepat cepat !"
pehh rasa amat dihargai sebab menjadi tumpuan. kahkah !
ade sorang membe aku kat bustop tu, dia sampai cakap
"tahniah tahniah" sambil sengih -.-

aku bukan kanak-kanak tak pandai melintas, cuma aku terlampau jaga keselamatan :) ~
*mohon maaf, gaya penulisan dah tak sehebat dulu. ecehh !!