yok klik klik

24 April 2012

Vitamin C rasa oren

Assalammualaikum


Minggu lepas aku pergi klinik lagi, demam untuk kali kedua mungkin dalam bulan ni.
sejak akhir2 ni asyik kena demam je, aku pun pelik.
antibody dalam badan aku ni dah habis ape ?? erghh.. -_-
masuk2 bilik doktor, macam biasa lah kan, check ape yang patut.
dah nak keluar, doktor tu cakap..

doktor : saya bagi awak ubat antibiotik, batuk, demam okay :)
aku      : ouh, okay2, *angguk2 kepala.* tapi kan doktor, boleh tak bagi saya Vitamin c ?
doktor : awak nak buat apa Vit C ? *sambil sengih2.*
aku      : haa ?? *eh?! aku salah mintak ubat ke ? blur sekejap aku depan doktor tu. 
             doktor tu plak still tesengih.*  ermm, ermm, takde lah saya asyik demam je,
             tu yang nak Vit C.
doktor : okay2, boleh. *still tesengih*



aku keluar bilik doktor tu memang pelik lah. asal doktor tu tesengih aku mintak Vit C?
betol lah kan Vit C untuk kuatkan antibody. tapi kenapa doktor tu tesengih2. 
hmmmm, sampai sekarang aku tak tau kenapa doktor tu tesengih2.


dapat2 je ubat, aku tengok doktor tu bagi Vit C secoet je. tak lepas untuk sebulan.
apsal dia bagi aku sikit sangat. 2 , 3 hari habis dah..
ke patutnye aku kena cakap, "doktor saya nak Vit C sebotol, cukup untuk sebulan" -.-
at last, aku beli Vit C lain kat farmasi.
dah seminggu aku pergi klinik, demam dah baik. tapi skang tinggal batuk dengan sesema.
dah seminggu jugak aku tak dapat menghidu, bernafas dengan betol. seksa giler.
ade tips ape2 tak camne nak hilangkan batuk berkahak dengan sesema ?

p/s: Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang penyakit. amin...