yok klik klik

12 November 2012

mak nak balik !

Assalammualaikum

Happy Deepavali bagi yang menyambutnya !
masa nak balik cuti jumaat lepas, kemain ramai lagi dekat TBS.
aku rasa yang sambut Deepavali sikit je, yang nak balik cuti ni haa mengalahkan
yang nak sambut raya ! siyes ramai !
Sampai aku nak balik Jumaat lepas takde tiket korang tau !
Speechless aku kat depan kaunter tu.
abg yang jual tiket tu sengih, aku yang nak beli tiket sedih :(
dari Shah Alam pergi TBS nak balik johor,
sampai2 tiket takda, gundah gulana hati beta ni -.-
TERpaksa beli tiket balik sabtu
TERpaksa malam tu tumpang tido umah membe kat KL
TERpaksa simpan perasaan macam nak menangis

yang tambah sadis lagi,
SEMUA kengkawan aku kat twitter membahan aku tak balik lagi
boleh diorang pelik sambil gelak2 -.-
aku tau r tiap2 minggu aku balik, tapi jangan membahan kuat sangat
tak elok tak elok

Sabtu dah selamat aku naik bas tapi malangnya,
bas tu panas ! aku syak dia tak servis aircond bas dia kott
ramai kot dok betul2 aircond, pusing sini pusing sana, sama je -.-
ada mamat depan aku, memang tak tau panas agaknye
dari naik bas sampai dah sampai, tido kemain nyenyak
fon berbunyi ringtone rock pun tak dengar,
pelik betul aku, mengantuk betul beliau gamaknya~

moral of the story:
mohon mintak number phone driver untuk kesenangan kita.

08 November 2012

okay saya stress

Assalammualaikum

Minggu yang stress, macam nak pecah kepala otak aku. 
isnin ada test mandarin, 
selasa submit assignment yang sampai 30 pages,
rabu ada quiz bisnes communication.
khamis buat assignment n study untuk test esoknye,
jumaat test negotiation.
aku ni stress dah sampai tahap malas nak pergi semua class !

ni satu lagi benda yang buat aku tertanya-tanya.
janganlah aku rapat dengan orang tu, orang ni jeles.
pastu aku rapat dengan orang ni, orang tu plak jeles -.-
aku kan peramah, semua orang aku layan.
lagi-lagi kawan2, memang aku layan sama rata.
senang kata, aku sayang korang semua lah.
*mohon jangan menyesal kawan dengan aku. kahkah !

ada sorang membe aku cakap,
"kalau personaliti kau menarik, insyaallah sampai bila-bila orang tengok kau menarik" :)


06 November 2012

eh ! saya kembali lagi dan lagi

Assalammualaikum

ehem ehem ! lama tak nampak korang semua :). dah berzaman baru aku nak upload semula.
kannn, kejap hilang kejap ada. sorry lah wahai follower sekalian, aku busy bagai nak rak !
*mohon percaya aku memang busy, kahkah !

meh nk ckp sikit,
percaya atau tidak, harini aku nak melintas jalan pergi ke class terpaksa tunggu 
dekat seberang jalan selama 15 minit sorang2 plus hujan !
bertambah sadis bila kawan2 aku semua dah melintas dulu.
tambah tragis lagi, seberang jalan sana ada bustop dan ramai lah mata-mata
yang memerhati kat aku -.-
okay tak tipu siyes, aku nampak diorg gelak2 kottt.
nak tambah sadis, tragis, sedih lagi kereta kemain banyak non stop !
sumpah malu tercegat sorang2 kat tengah jalan, semua orang pandang.
membe aku dekat seberang sana dah terjerit2 suruh melintas.

nak tau camne aku melintas ?
aku selamba je jalan, sambil angkat tangan macam polis trafik suruh kereta berhenti.
haha ! takde lah. aku lintas depan bustop sebab kereta slow kat bahagain situ.
time nak melintas aku dengar suara -suara yang bercakap
"eh eh ! kejap kejap, ade keretaaaaaa. haaa haa ! okay okay cepat cepat !"
pehh rasa amat dihargai sebab menjadi tumpuan. kahkah !
ade sorang membe aku kat bustop tu, dia sampai cakap
"tahniah tahniah" sambil sengih -.-

aku bukan kanak-kanak tak pandai melintas, cuma aku terlampau jaga keselamatan :) ~
*mohon maaf, gaya penulisan dah tak sehebat dulu. ecehh !! 

24 April 2012

Vitamin C rasa oren

Assalammualaikum


Minggu lepas aku pergi klinik lagi, demam untuk kali kedua mungkin dalam bulan ni.
sejak akhir2 ni asyik kena demam je, aku pun pelik.
antibody dalam badan aku ni dah habis ape ?? erghh.. -_-
masuk2 bilik doktor, macam biasa lah kan, check ape yang patut.
dah nak keluar, doktor tu cakap..

doktor : saya bagi awak ubat antibiotik, batuk, demam okay :)
aku      : ouh, okay2, *angguk2 kepala.* tapi kan doktor, boleh tak bagi saya Vitamin c ?
doktor : awak nak buat apa Vit C ? *sambil sengih2.*
aku      : haa ?? *eh?! aku salah mintak ubat ke ? blur sekejap aku depan doktor tu. 
             doktor tu plak still tesengih.*  ermm, ermm, takde lah saya asyik demam je,
             tu yang nak Vit C.
doktor : okay2, boleh. *still tesengih*



aku keluar bilik doktor tu memang pelik lah. asal doktor tu tesengih aku mintak Vit C?
betol lah kan Vit C untuk kuatkan antibody. tapi kenapa doktor tu tesengih2. 
hmmmm, sampai sekarang aku tak tau kenapa doktor tu tesengih2.


dapat2 je ubat, aku tengok doktor tu bagi Vit C secoet je. tak lepas untuk sebulan.
apsal dia bagi aku sikit sangat. 2 , 3 hari habis dah..
ke patutnye aku kena cakap, "doktor saya nak Vit C sebotol, cukup untuk sebulan" -.-
at last, aku beli Vit C lain kat farmasi.
dah seminggu aku pergi klinik, demam dah baik. tapi skang tinggal batuk dengan sesema.
dah seminggu jugak aku tak dapat menghidu, bernafas dengan betol. seksa giler.
ade tips ape2 tak camne nak hilangkan batuk berkahak dengan sesema ?

p/s: Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang penyakit. amin...


28 March 2012

saya kembali kali ke 2, haha

Assalammualaikum


Waaa !! terharu giler. even aku dah lame tak update.
ada juga blogger2 nak dtg blog aku kan.
sumpah terharu sangat2 !
terharu tahap kaw kaw kaw punye.
lagi2 JSS, mesti die pelik asal lah aku tak update2 kan.
siap add FB aku lagi. hehe ! saya sangat terharu dengan awak En,Cik,Puan JSS
*sampai sekarang aku tak tau JSS pompuan ke laki -.-"



sebab2 mengapa Rumah Kayu Oren malas nak update.
Eh ! MALAS ? hahahah !

dah duduk rumah sewa mane boleh 0n9 24 jam mcm duduk hostel dulu. kalau kat hostel, 24jam non stop lah letrik lappy aku berjalan je. haha ! kite dah bayar kan. haha. *nada berlagak
bukan aku sorang duduk rumah sewa ni -.-"
kalau bil letrik melambung kat rumah sewa ni, sapa nak membayarnye ??
dah lah rumah sewa ni besar ! pakai letrik pun kene berjimat
kadang2 nak mandi kat rumah sewa ni pun bercatu. eh ??! haha.
sekarang ni minggu final exam, semua orang dlm rumah sewa ni study, jadi tak patut kan aku sorang je dok meng on9. tak patut, tak patut . *geleng2 kepala
so conclusion nye, ini suma gara2 rumah sewa lah aku tak dapat nak berblog selalu ! huh !


nanti dah cuti sem, insyallah aku on lappy 24 jam kat rumah okay.
aku ber update mati-matian punye.
jangan risau, mak aku tak marah, die lagi suka anak die membazir letrik -.-"

p/s: doakan aku dapat jawab exam ! takpun doakan aku RAJIN nak study. haha !




27 January 2012

saya kembali !

Assalammualaikum..

hello bloggers ! sorry lame menyepi. banyak halangan lah sekarang nak berblog.
semenjak aku duduk rumah sewa ni, nak on9 selalu pun dah tak boleh.
yelaa, kalau bil melambung2, sapa nak bayar. hmm.

-_______- aku tak tau nak tulis ape lagi.
akibat lame sangat tak berblog.

ok, matlamat aku lepas ni, nak aktif balik.
so... jangan lupekan aku okay korang2 sume !
wait for next entry.

ok bai :D

p/s:merapu seh aku tulis kali ni. sumpah idea takde. nak mengarang pun dah tak pandai.
even size font yang aku selalu gune pun aku dah lupe -___-"

*akan ku perbaiki semula.