yok klik klik

21 March 2014

sabar, wahai hati

Assalammualaikum



Aku kena paksa mengarang lagi yang aku pun dah hilang bakat sebenarnya.
terima kasih pembaca tegar aku Kak Reen
selalu bukak blog aku walaupun aku malas nak update.


hidup kita ni mencabar kan
aku tengah mencuba untuk menjadi orang yang paling bersabar
walaupun hakikatnya susah
kita boleh ubah diri kita sendiri, 
tapi boleh ke kita nak ubah diri orang lain ?


prinsip hidup aku senang je
kau respect aku, aku respect kau
tapi kalau kau nampak aku macam sombong dengan kau
maaflah
mungkin aku terpaksa


mungkin aku tak perasan salah aku
nak tegur aku, tegurlah
aku boleh terima 
tapi
kalau teguran kau tu kena dengan caranya lah


maaf kawan, 
aku bukan seorang yang sombong
tapi
entahlah
judge diri kita dulu sebelum kita judge orang lain
kadang-kadang kita tak nampak apa salah kita
orang lain yang nampak salah kita


dan
aku tak cakap diri aku sempurna
aku tau, tak semua orang suka aku
tapi
aku cuba untuk berubah



first entry utk 2014 yang emo, maaflah aku stress





05 March 2013

Surprise konon

Assalammualaikum


Semalam 4 mac genaplah umur aku 23 tahun.
ni kira dah sesuai sangat untuk kawen ni. hahaha !
kepada yang wish birthday dekat twitter, facebook, bbm, whatsapp, text
terima kasih banyak-banyak !
kerana ucapan anda semua saya berasa sangat ceria. ecehh !

SEMUA kengkawan dah wish, tapi boleh housemates aku buat bodoh je
konon2 nak buat lupa lettew. haha. taktik korang boleh dihidu !
aku dah agak, mesti diorg akan wish pukul 12 malam sebelum 5 mac.
memasing bajet nak buat suprise konon
sebelum pukul 12 tu, aku dah masuk bilik buat2 tido :D

tepat pukul 12.00
lampu ditutup *konon2 blackout* haha !
"happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to yanaaaaaa,
happy birthday to you"
aku atas katil keraskan badan je, yela berlakon tido kan.
3, 4 kali diorang ulang nyanyi kat luar bilik
dah lah nyanyi macam nak bagi satu blok dengar !
diorang bajet nak berhenti nyanyi sampai aku keluar bilik.
sampai kesudah, aku baring je tak gerak2. hahaha !

eyhh ! tak puas hati lagi tu.
diorang masuk bilik, sambung nyanyi lagi
3,4 kali jugak. aku still keraskan badan
padahal dah gelak terkekek-kekek bawah bantal. hahahah !
*dalam nada berbisik*
che nor : wehh, takkan dia tak dengar kott
farrah : kite nyanyi lagi sampai dia bangun
yang lain : muka dah awkward malu, nyanyi utk org tido :D
sampai diorang rasa malu sangat nak nyanyi lagi. haha
terus stop, pastu keluar. haha
rasakan korang !
anati n lisa : wehh yana sentap kot kita lambat wish
reen : ehh tak mungkin lah. tp awl plak dia tidur -.-
yang lain : moody kot gaduh dgn bf
reen : jom kita buat note tampal kat mana2, esok bangun mesti dia baca

time ni lah, aku dengar ade orang keluar masuk bilik
*berbisik*
che nor: awak, awk, soletape awk mana ?  nak sikit, nak sikit
mida: ni.. nii
farrah : shhhh, diam diam
kak farrah : kikikiki *gelak kecil. haha
time ni lah aku dah tak tahan keraskan badan lagi
aku bangun........ HAAAAAA !!!!!! 
arghhhhhhhhhh ! 
*farrah n kak farrah terkejut, tengah gigih lekat note kat drawer. haha 

sweet sangat korang ! :*

diorang cakap, diorang malu sebab aku tak bagi respond time diorang nyanyi
dok ulang nyanyi 3,4 kali jerit kuat2, aku still berlakon tido
sampai diorang ckp "yana ni tido apa sampai tak dengar, dah  lah nyanyi 
boleh satu blok dengar ni -.-"
sampai ade jiran ikot nyanyi sama, sumpah kuat diorang bernyanyi !
hahahaha ! rasakan korang, nak kenakan aku konon !
kita tengok sapa surprise sapa. hahaha !
malu kan ? malu kan ? :D

thanks sebab lambat wish n surprise tak menjadi tu. haha !
sayang korang sangat2 !

12 November 2012

mak nak balik !

Assalammualaikum

Happy Deepavali bagi yang menyambutnya !
masa nak balik cuti jumaat lepas, kemain ramai lagi dekat TBS.
aku rasa yang sambut Deepavali sikit je, yang nak balik cuti ni haa mengalahkan
yang nak sambut raya ! siyes ramai !
Sampai aku nak balik Jumaat lepas takde tiket korang tau !
Speechless aku kat depan kaunter tu.
abg yang jual tiket tu sengih, aku yang nak beli tiket sedih :(
dari Shah Alam pergi TBS nak balik johor,
sampai2 tiket takda, gundah gulana hati beta ni -.-
TERpaksa beli tiket balik sabtu
TERpaksa malam tu tumpang tido umah membe kat KL
TERpaksa simpan perasaan macam nak menangis

yang tambah sadis lagi,
SEMUA kengkawan aku kat twitter membahan aku tak balik lagi
boleh diorang pelik sambil gelak2 -.-
aku tau r tiap2 minggu aku balik, tapi jangan membahan kuat sangat
tak elok tak elok

Sabtu dah selamat aku naik bas tapi malangnya,
bas tu panas ! aku syak dia tak servis aircond bas dia kott
ramai kot dok betul2 aircond, pusing sini pusing sana, sama je -.-
ada mamat depan aku, memang tak tau panas agaknye
dari naik bas sampai dah sampai, tido kemain nyenyak
fon berbunyi ringtone rock pun tak dengar,
pelik betul aku, mengantuk betul beliau gamaknya~

moral of the story:
mohon mintak number phone driver untuk kesenangan kita.

08 November 2012

okay saya stress

Assalammualaikum

Minggu yang stress, macam nak pecah kepala otak aku. 
isnin ada test mandarin, 
selasa submit assignment yang sampai 30 pages,
rabu ada quiz bisnes communication.
khamis buat assignment n study untuk test esoknye,
jumaat test negotiation.
aku ni stress dah sampai tahap malas nak pergi semua class !

ni satu lagi benda yang buat aku tertanya-tanya.
janganlah aku rapat dengan orang tu, orang ni jeles.
pastu aku rapat dengan orang ni, orang tu plak jeles -.-
aku kan peramah, semua orang aku layan.
lagi-lagi kawan2, memang aku layan sama rata.
senang kata, aku sayang korang semua lah.
*mohon jangan menyesal kawan dengan aku. kahkah !

ada sorang membe aku cakap,
"kalau personaliti kau menarik, insyaallah sampai bila-bila orang tengok kau menarik" :)